mcmc
Maklumat Pi1M

Program E-Tuisyen Quater 2 2022 PEDi Kg Bukit Dinding

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 
Sepertimana semua sedia maklum, Program e-Tuisyen 2022 telah mula dilaksanakan bermula Januari 2022 menerusi Program Intensif e-Tuisyen sebagai pengisian sebelum bermulanya sesi persekolahan 2022 menjelang penghujung Mac 2022 ini. Selain Program Intensif, Seminar Spot Soalan SPM turut telah dijalankan pada Mac 2022 bagi membantu pelajar-pelajar yang terlibat dengan peperiksaan SPM. 
 
Oleh yang demikian, kesinambungan dari Program e-Tuisyen Januari hingga Mac (Quarter 1), sukacita dimaklumkan Program e-Tuisyen 2022 untuk Quarter 2 akan diteruskan bermula pada 8 April 2022 dengan mengutamakan silibus persekolahan bersempena pembukaan sesi persekolahan 2022 tidak lama lagi.