mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pi1M

Assalamualaikum dan selamat datang,

Kami warga Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Bukit Dinding mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melawat portal kami.PI adalah singkatan bagi Pusat Internet merupakan satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama  MSD Digital Intelligence di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) yang memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan kepada komuniti tempatan luar bandar.

                                                                                         

       OBJEKTIF      

*  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan

*  Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet

*  Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PJK.

*  Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaaan.

*  Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

PEDi Kg Bukit Dinding terletak kita-kira 16km dari bandar Jerantut dan PEDi Kg Bukit Dinding terletak bersebelahan bangunan Pejabat Penghulu Mukim Burau. PEDi ini mempunyai kemudahan-kemudahan IT terkini dan boleh memuatkan 30 pengguna dalam satu masa. Pelbagai aktiviti berkaitan ICT dan kelas-kelas latihan akan selalu dijalankan bagi mendedahkan masyarakat yang terlibat dengan kemudahan ICT.

Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda semua untuk menggunakan perkhidmatan yang tersedia di PEDi kami.