
𝗧𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗵𝘂 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝘂𝗻𝗱𝘂𝗿, 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗸 𝗽𝗼𝘀𝘁 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝘀𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵.
𝘋𝘪𝘨𝘪𝘵𝘢𝘭 𝘧𝘰𝘰𝘵𝘱𝘳𝘪𝘯𝘵 merujuk kepada jejak digital yang ditinggalkan seseorang di internet melalui aktiviti dalam talian, seperti memuat naik gambar, menulis komen, berkongsi maklumat peribadi, atau melayari laman web. Ia boleh berbentuk jejak aktif (perkara yang kita sengaja kongsi) atau jejak pasif (data yang dikumpul tanpa kita sedari, seperti lokasi dan sejarah pelayaran).
Pendek kata, apa sahaja yang dimuat naik ke internet boleh kekal selamanya, walaupun telah dipadam.
#NADI #KeselamatanSiber #NADIKesedaran