mcmc
Maklumat Am

HAD UMUR PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

Penggunaan media sosial pada usia muda mendedahkan remaja kepada pelbagai risiko seperti pendedahan data peribadi, buli siber serta tekanan sosial yang boleh menjejaskan kesejahteraan emosi.

Kajian dan amalan antarabangsa menunjukkan bahawa umur 16 tahun merupakan tahap yang lebih sesuai, sejajar dengan perkembangan kematangan emosi, keupayaan membuat pertimbangan serta pengawalan kendiri dalam persekitaran digital.

Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam:

✔️ Membimbing penggunaan teknologi secara berhemah

✔️ Memantau aktiviti dalam talian

✔️ Mendidik tentang keselamatan dan tanggungjawab digital

#MCMC

#KempenInternetSelamat