- NAMA: MUHAMMAD UMAIR BIN ROSZUWADI
- UMUR: 19 TAHUN
- TAHUN MENJADI AHLI NADI: 2017
- PROGRAM PERKHIDMATAN PINTAR YANG DISERTAI: Pembelajaran Sepanjang Hayat- NURTURE DILEA
LATAR BELAKANG PESERTA
Umair merupakan seorang pelajar sekolah Tahfiz Darul Ihya Ad- Diniyyah, Kampung Bukit Dinding yang berusia 19 tahun dan sedang menamatkan pengajian hafazan dan pada masa sama membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.
SEBELUM MENYERTAI PROGRAM PERKHIDMATAN PINTAR NADI
Oleh kerana jadual pelajar tahfiz yang padat serta kekangan tenaga pengajar akademik, proses pembelajaran subjek teras seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris agak terhad. Hal ini menyebabkan Umair menghadapi kesukaran untuk mengekalkan fokus terhadap ulang kaji SPM, terutama dalam topik-topik yang memerlukan bimbingan secara interaktif.
SELEPAS MENYERTAI PROGRAM PERKHIDMATAN PINTAR NADI
Bagi memperkukuh persediaannya, Umair telah menyertai Program DILEA di bawah Perkhidmatan Pintar NADI. Melalui program ini, Umair berpeluang menggunakan platform digital pembelajaran interaktif serta menghadiri sesi bimbingan dan ulang kaji secara dalam talian.
Antara Program DILEA yang telah disertai oleh Umair serta manfaat yang diperoleh ialah:
- Open Tuition terbuka untuk Tingkatan 1 hingga 5 yang merangkumi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains secara percuma sahaja.
- Akses kepada Video Ulangkaji (Video On Demand) yang mana merupakan kompilasi rakaman sesi pembelajaran untuk membantu pelajar membuat ulangkaji secara kendiri.
- Webinar berkala yang merangkumi pelbagai topik
- Sesi pembelajaran secara langsung & interaktif- memberi peluang untuk bertanya dan memahami topik dengan lebih mendalam.
- Latihan dalam talian dan simulasi peperiksaan-meningkatkan keyakinan dan kecekapan menjawab soalan.






