PELAKSANAAN MYDKAD BAHARU

Maklumat Am | 3 June 2026

MyKad Struktur Baharu akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan proses pengeluaran dan gantian dapat berjalan dengan lebih teratur dan lancar.

Menerusi siri infografik ini, orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan pelaksanaan MyKad Struktur Baharu, termasuk status penggunaan MyKad sedia ada, keutamaan pelaksanaan, kaedah penggantian serta langkah-langkah yang diambil bagi memastikan urusan berjalan dengan lebih sistematik.

📌 Untuk maklumat lanjut dan penerangan terperinci, sila rujuk Kenyataan Media JPN berhubung Pelaksanaan Pengeluaran dan Gantian MyKad Struktur Baharu yang telah disiarkan di platform rasmi JPN.

#JPNDiManaMana

#RakyatDiHatiJPN

#MalaysiaMADANI