NAMA : PUAN MAHANI BT AHMAD
UMUR : 49 TAHUN
AHLI : 2018
Latar belakang
Pn Mahani merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau amat meminati bidang masakan seperti kek dan pastry terutamanya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn Mahani hanya memenuhi minat beliau dengan menyediakan kek dan pastry hanya untuk keluarga beliau. Beliau tidak tahu bagaimana cara untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang yang diminati. Beliau juga amat berminat untuk menjalankan perniagaan dalam bidang tersebut
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beberapa kali menyertai latihan & program keusahawanan yang disediakan oleh pihak PI beliau mula mempunyai keyakinan diri untuk lebih serius dalam pembuatan kek & pastry. Beliau mula mencari guru untuk mempelajari dengan lebih serius dalam bidang tersebut. Kini beliau telah mula menjadi salah seorang tenaga pengajar yang menawarkan kelas pastry dan kek dengan yuran yang mampu milik bagi yang berminat untuk menyertai kelas tersebut. Beliau juga menjalankan perniagaan secara online.