TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN OLEH SSM
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menganjurkan sesi taklimat Pendaftaran Perniagaan peringkat nasional sebagai salah satu aktiviti di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) setiap bulan bermula Mei 2023 dengan kerjasama bersama pihak SKMM.
Program ini bertujuan untuk:
✅memberi penerangan pendaftaran perniagaan
✅menawarkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada kepada golongan sasaran:-
✨usahawan B40
✨pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan lain2 secara sepenuh masa
✨Cara pendaftaran perniaagaan SSM secara online melalui EzBiz
Sehubungan dengan itu, SSM menjemput semua usahawan setempat di Pusat Digital Ekonomi (PEDi) untuk menyertai sesi taklimat ini.
Sesi Taklimat Pendaftaran Perniagaan:
?Tarikh Program: 31 Julai 2023
?Masa: 10:00 Pagi – 11:00 Pagi
?Tempat/Platform Online: Microsoft Team (link akan diberi selepas mendaftar)
?SIAPA YANG WAJIB HADIR?
1. Peniaga kecil dan Penjaja (Separuh masa/ sepenuh masa)
2. Peniaga atas talian dan media sosial
3. Peniaga secara jualan langsung, dropshipper dan agen insurans
4. Pelajar IPT
Untuk mendaftar, boleh hubungi/wasap:
Pengurus: http://wasap.my/60136665572/SSM
Pen. Pengurus: http://wasap.my/601139046416/SSM